Rabu, 26 Juli 2017

TANDA-TANDA KIAMAT



TANDA-TANDA KIAMAT
Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.
Tanda-tanda besar
  • Hijaunya bumi Arafah.
  • Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
  • Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.
  • Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
  • Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
  • 3 kali gempa bumi.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua
TANDA-TANDA KECIL
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
•           Penaklukan Baitulmuqaddis  
•           Zina bermaharajalela[perlu rujukan]
•           Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik[perlu rujukan]
•           Bermaharajalela alat muzik[2]
•           Menghias masjid dan membanggakannya[3]
•           Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan]
•           Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu rujukan]
•           Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik
•           Ramai orang soleh meninggal dunia[perlu rujukan]
•           Orang hina mendapat kedudukan terhormat[perlu rujukan]
•           Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan]
•           Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [4]
•           Bulan sabit kelihatan besar[perlu rujukan]
•           Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
•           Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
•           Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
•           Binatang buas berbicara dengan manusia Kisah serigala dengan gembala kambing
•           Bulan terbelah dua - sila lihat Bulan Terbelah dua
•           Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu rujukan]
•           Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu rujukan]
•           Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu rujukan]
•           Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
•           Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
•           Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
•           Orang akan melakukan homoseksual.
•           Akan terdapat ramai anak luar nikah.
•           Berkurangnya sifat amanah
- •        Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
•           Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
•           Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
•           Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
•           Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
•           Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
•           Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
•           Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
•           Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
•           Memandang rendah kepada darah
•           Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
•           Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
•           Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
•           Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
•           Banyaknya berlaku gempa bumi[5]
•           Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[5]
•           Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[5]
•           Banyak berlaku peperangan demi peperangan
•           Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
-hadis bawah-
•           Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

MAKALAH KERAJAAN ISLAM DI INDONESIA

KERAJAAN ISLAM DI INDONESIA  BAB I PENDAHULUAN A. LATAR BELAKANG Indonesia memiliki sejarah yang panjang mengenai kerajaan-ker...